Tuesday, February 1, 2011

BAHAN KOSMETIK TERLARANG

BAHAN KOSMETIK TERLARANG

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

Produk yang dilarang pada tahun 2010 mengikut nama produk, no. notifikasi (NOT) dan bahan kimia yang dikesan:

 Nouvelles Vissages (NV) Toner Treatment No 1 (NOT05010130KE) - Hydroquinone & Tretinoin 
 Nouvelles Vissages (NV) Toner Treatment No 2 (NOT05010129KE) - Hydroquinone & Tretinoin 
 Zara Rejuvenation Cream (NOT04081873KE) - Hydroquinone 
 Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream (NOT081201209K) - Tretinoin
 Pigmentation Recovery Complex (NOT081200745K) - Tretinoin

Tahun 2009 -

 Felisa Gentle Peeling Solution (NOT07080210KE) - Tretinoin 
 Krim Malam Rahsia Rimba (NOT080801112K) - Hydroquinone 
 Biocosmet Whitening Essence Cream (NOT07122920KE) - Hydroquinone 
 ~H2O+ Waterwhite Brightening Night Cream (NOT04102838KE) Hydroquinone 
 Magixpress Lightening Plus (NOT07121009KE) - Hydroquinone 
 A.Vant Cream (NOT05022860KE) - Tretinoin
 Eriesya Spa Beauty Cream (NOT07122412KE) - Hydroquinone 
 Natasya Krim Herba (NOT07090337KE) - Hydroquinone & Tretinoin 
 Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya (NOT03090150KE) - Tretinoin 
 Ratna Sari Whitening Night Cream (NOT080700826K) - Tretinoin 
 ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream NOT04082451KE Hydroquinone 
 Chantique - Whitening Night Cream NOT04121404KE Tretinoin

Sumber dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

Info tentang bahan-bahan terlarang:

 Hydroquinone:

 Dalam perubatan, ia digunakan sebagai pemutih kulit. Tapi pada tahun 2006, Food Drug Administration USA telah menarik balik dan melarang penggunaan hydroquinone dalam produk di atas kaunter (over the counter).
 Kesan sampingan: Boleh menyebabkan penghitaman kawasan kulit dalam jangka panjang.Ayoyo, kan dah kata hitam betul..siapa suruh taknak caya.
Ia juga bertindak balas dalam aliran darah pengguna seterusnya menyebabkan barah, kemandulan, penyakit hati dan ginjal, sekali gus mengancam nyawa. Jika terkena mata ia boleh menyebabkan mata terbakar dan menjejaskan penglihatan aduhh! pedihnye..buat-buat macam tak nampak 

 Tretinoin:


 Biasanya digunakan untuk merawat jerawat (acne). Sesetengahnya menggunakan tretinoin sebagai produk keguguran rambut dan mengurangkan kesan strech mark.
 Kesan sampingan: Rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit mengelupas macam kacang rebus, memangla kena kupas kulit dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya Ultra-violet. Ia juga teratogenik yang boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat.. baby itu tidak bersalah oke

No comments:

Post a Comment